
|
Da' Boss ! ![]() WaLkInG TaLkInG ![]() Credits!
| kekurangan bukan penghalang
assalamualaikum ...
hari ini su nak kongsi dengan korang pengalaman su dan kawan-kawan su bersama dengan adik-adik yang kurang upaya dari segala aspek,(PPKI)program pendidikan kemahiran intergrasi.su adalah pelajar diploma kaunseling di sebuah kolej di Melaka. sekarang ni su di semester tiga.su dan kawan-kawan mendapat tugasan assigment bagi memahami mereka yang seperti ini. perasaan excited tu ada dalam diri bagi mengenal mereka semua ini. kami semua bertukus lumus menyiapkan kertas kerja untuk menjalankan program luar kolej iaitu di sekolah menengah bahau , Negeri Sembilan. alhamdulilah kertas kerja kami diterima last minit.. syukur alhamdulilah. tema kami purple + pink vagi menaikkan lagi semangat kami dan adik PPKI ini. kami semua siap untuk pergi kesekolah tu , kami siap dalam pukul 5 lebih dalam pukul 6 kami naik bus.. semangat berkobar-kobar rasanya. ini pengalaman pertama kami untuk program bersama pelajar (PPKI) ini. interesting...
jam menunjukkan pukul 11 pagi , apa yang menarik hati kami masuk saja kami di gerbang sekolah itu pelajar PPKI telah tunggu kami. kami mula bergerak untuk memulakan program kami. mengambil tempat duduk masing-masing, kami memerhati mereka. sayu hati kami. mungkin dari luar kita tengok mereka seperti kita tapi mereka adalah pelajar PPKI.mereka tergolong dalam lemah IQ, hyper active, slow learner, kurang upaya. kami menjadi menarik dalam mengenali mereka semua. program dimula kan dengan ucapan guru PPKI ini. selepas itu kami terus mulakan aktiviti bersama mereka. bayangkan lah bagaimana hendak berkomunikasi dengan mereka ? begaimana hendak bergaul dengan mereka ? persoalan itu pasti bermain-main difikiran tapi mereka lebih mudah mengikut arahan daripada menjaga mereka yang sempurna. kami rasa seronok. kami mula mengenali mereka. seronok nya kami dapat mengenali mereka semua.
seronoknya kami apabila melihat mereka seronok. kekurangan bukan lah penghalang untuk mereka berjaya.mereka juga boleh maju seperti kita dan terus maju apabila ada orang seperti kita yang membantu dan memberi semangat. selesai segala aktiviti yang kami sediakan untuk mereka , tiba lah untuk persembahan. mereka telah menyediakan persembahan untuk kami seorang pelajar mereka membuat persembahan solo dan duet. kami begitu terpegun mendengar suara dia begitu sedap sekali... pelajar PPKI juga membuat persembahan iaitu lagu pelangi petang dalam bahasa isyarat. sejujurnya keseluruhan kami menitiskan air mata, pelajar lelaki juga menitiskan air mata. maaf su tak dapat nak masukkan sekali video tersebut kerana video tersebut ada pada membe su , insyaallah kalau ada masa su akan upload masuk ok.
air mata yang mengalir adalah air mata kegembiraan + kesayuan kerna kami akan pulang semula ke kolej.mungkin mereka tidak merasa apa yang kita rasa sebab mereka bukan seperti kita. sedih sungguh. sekiranya ada ditempat su pasti air mata kesayuan itu juga akan gugur. apa yang kami rasa hanya Allah yang tahu. kami hanya nak mereka berjaya.
setiap pertemuan pasti ada perpisahan. tiba masa untuk kami pulang semula kekolej setelah penat melakukan aktiviti bersama mereka. walaupun penat tapi kami seronok dan tak akan melupakan mereka. kami bersalaman dengan mereka, sebak rasanya hati ini untuk berpisah . gugur lagi air mata kami untuk mereka. kami sayang mereka, kasih sayang ditunjukkan seperti kami satu keluarga. alhamdulilah yang tidak terhingga kami berjaya melaksanakan program tersebut. syukur kehadrat allah. terimakasih ya Allah.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
pesanan
walaupun mempunyai kekurangan segala itu bukan penghalang untuk mereka berjaya seperti kita , munkin mereka akan lebih berjaya daripada kita.
Terima Kasih,
semua pelajar PPKI sekolah menengah kebangsaan Bahau Negeri Sembilan.
|