
|
Da' Boss ! ![]() WaLkInG TaLkInG ![]() Credits!
| engkau ratu hatiku
~selepas menaip coretan untuk ayah yang tersayang hati ni sayu .. walaupun tanpa ayah tapi saya masih ada emak yang saya sayang.. emak ni saya coretkan khas buat emak....
coretan untuk engkau yang bergelar emak
E - engkau
M - melahirkan
A - aku
K - kedunia
Engkau Melahirkan Aku Kedunia..TERIMA KASIH EMAK.
.
emak engkaulah wanita yang paling kuat,
membawa aku dalam kandungan mu selama sembilan bulan
tanpa ada rungutan yang terdengar dari bibirmu
tetapi kegembiraan dan senyuman kegembiraan yang terukir dibibirmu.
besarnya pengorbanan mu sebagai seorang emak.
putusnya tujuh uratmu melahirkanku, menahan kesakitan untuk menyelamatkanku.
ya allah, aku dapat melihat dunia.
kegembiraan dan tangisan kegembiraan apabila dengarnya tangis bayi yang dilahirkan,
pada masa itulah hilang rasa kesakitan yang dirasai oleh seorang ibu..
engkau seorang wanita yang tabah.
adakah aku mampu membalas kembali kesakitan yang engkau rasai dengan kegembiraan ?
emak terima kasih yang tidak terhingga kerna melahirkan aku didunia ini.
aku merasa gembira dan bersyukur kerna dilahirkan ..
terima kasih allah kerna menyelamatkan aku dan emakku.
emak kau juga ratu hatiku.
tiada siapa yang boleh gantikan tempatmu untuk menjagaku ..
hanya engkau emak.
besarnya pengorbananmu,,
mampukah aku membalasnya ?
mampukah aku ?
aku gembira mendapat emak sepertimu.
tidak semestinya gelaran emak itu hanya seorang ratu
tetapi ibu, mama, mummy, ummi yang melahirkan kita juga adalah ratu dihati kita.
ratu yang sentiasa ada didalam hati ini.
~selagi aku belum dimiliki sepenuhnya oleh yang bergelar suami,
syurga aku tetap terletak ditelapak kaki emakku.~
TERIMA KASIH EMAK !
-------------------------------------------------------------------------------------
*pesanan
wahai kaum adam ,
syurgamu tetap terletak ditelapak kaki bondamu,
ingatlah tanggungjawab kamu terhadap bondamu,
kaum adam kamu harus mendahulukan bondamu,
wahai kaum hawa
jangan kamu derhaka dengan bondamu,
walaupun kamu sudah bersuami,
ingatlah pengorbanan seorang ibu yang melahirkan kita,
#PERINGATAN untuk diri sendiri juga,
insyaAllah....
-----------------------------------------------------------------------------------
** wahai sahabat yang telah kehilangan ibu ,, ingatlah mereka memerlukan doa kita sebagai anak, jangan putus doa kepada kedua ibubapa kita . insyaAllah ibumu tenang disana
yang menyangimu,
anakmu.........
|