
|
Da' Boss ! ![]() WaLkInG TaLkInG ![]() Credits!
| Coretan Buat Ayah
coretan rindu untuk ayah
walaupun engkau telah tiada wahai ayah ... coretan ini adalah untukmu.
ayah wajahmu sentiasa menjadi tatapanku,
suaramu masih jelas terdengar ditelinga ku ini,
kenangan yang lalu masih segar dalam simpanan hatiku ini,
rasa baru semalam kau meninggalkan aku ,
ayah ,
aku merinduimu,
air mata yang mengalir adalah air mata rindu yang kucurahkan kerna telalu merinduimu,
sehingga saat ni ku tak pernah lupa setiap inci wajahmu walaupun jasadmu telah tiada,
doa yang ku panjatkan kepada yang maha esa untuk mu agar kamu tenang dan di tempatkan di tempat orang yang soleh.
terima kasih yang tak boleh diungkapkan dengan kata-kata kerna terlampau besar pengorbananmu untuk membesarkan kami semua sehingga kenal segala yang ada didunia ini,
terima kasih ayah kerna berpenat lelah mencari rezeki untuk kami membesar hingga ketahap ini.
terlampau besar pengorbananmu wahai ayah.
tiada sesiapa pun yang boleh menggatikan tempatmu wahai ayah kerna kau adalah ayah yang terhebat yang kami ada.
kehilangan mu amat terasa walaupun ku tahu ini adalah kehendak yang esa.
andaiku dapat undurkan masa akan ku balas segala pengorbananmu. akan ku tatap wajahmu supaya aku tidak perlu merinduimu seperti yangku rasai sekarang ini.
jika dapat undurkan masa aku mahu meluangkan hari-hariku bersamamu wahai ayah. engkau adalah ayah yang terhebat. engkau tetap dihatiku.
-----------------------------------------------------------------
cacatan
pemergian ayah kerahmatulAllah pada :
28 september 2010
pesanan :-
selagi kedua ibubapa kita ada didunia hargailah mereka
kerana kita manusia adalah pinjaman sementara
setiap perpisahan/pemergian pasti ada kesedihan
tidak kira tua atau muda pasti kita akn kembali kepada yang maha esa.
kata-kata sahabat saya semasa saya sedang menangis merindui ayah :
kalau menangis air mata darah sekali pun dia takkan kembali,
engatlah kamu yang belum merasa kehilangan seorang bapa tidak berlu berkata bergitu kerna ayat sebegitu lagi mengguris hati yang telah merasa kehilangan. sekiranya sedang menangis menangislah sehingga anda rasa tenang.
dari anakmu,
untuk ayah yang pergi
selamernya.
|